Monday, December 21, 2009

"Kak, hampir jatuh cinta saya pada kamu,"

begitu kata si calon PMR.

HOhah. Tidak terkomen dan kaget (saya suka word ini). Belakangan ini, memang ramai yang memperkata tentang susuk tubuh genit saya. Kadang-kadang, sampai fed up orang putih kata. Bukanlah saya memakai susuk. Maksud saya, memiliki saiz fizikal yang kecil molek ini.

Baru-baru ini, jumpa mak dan abah dan famili di Perak, Taman Klebang Jaya. Kenduri kahwin Kak Na (lama dia tak update belog sebab nak kawen la), anak Mak Ude. Tak sangka satu lorong itu telah kenal saya. Glamor betul la saya. Betul. Ini tak tipu. Sebab dulu saya selalu juga datang jenguk mak ude. Maka makcik-makcik di Laluan 26 Taman Klebang itu telah kenal saya dengan baik. Sayang sekali anak-anak bujang mereka masih belum baligh. XP

Ya, mak kata kenapa makin kurus. Pipi makin kempung, cengkung macam orang hisap gam. Aihh..nak buat macam mana.. Bukan saya berdiet atau kawal pemakanan. Masih ingat lagi, abah pernah kata, saya mengalami masalah ketidakseimbangan pertumbuhan biologikal. Perkembangan minda tidak seiring dengan perkembangan fizikal. Tapi bukanlah bermaksud cacat. Ini sudah bahagian saya. Lagi pula, abah juga tergolong dalam golongan lelaki pendek, maka tidak mustahil genetik ketinggian itu diturunkan kepada saya.

Ada seorang pakcik teksi pula kata, tak percaya saya pelajar universiti. Katanya, saya baru sekolah menengah. Saya senyum saja dan kata pada pakcik, "Saya memang masih muda". Ini isu semasa dalam diri saya wo0... Setiap kali, orang sekeliling akan kata saya ini budak sekolah. Ini boleh jadi positif dan negatif. Saya cuba optimis. Dan terasa nak menukar diri jadi Optimus Prime. Seterusnya melindungi manusia dengan tanpa sengaja memusnahkan kemudahan awam.


Cuba teka mana satu saya yang kecil molek tuh? ;p

Cumanya persoalan saya, mengapa perlu diperkata dan terus memperkata tentang susuk tubuh kecil saya? Saya tak marah atau sakit hati. Cuma kadang-kadang, fed up orang putih kata. Soalan dan ayat penyata yang klise selalu diperkata tentang saya. Cuba sesekali katakan bahawa saya adalah seorang cantik, menarik dan mengujakan. Comel pun boleh juga. hehe.


*It's like that a 23 year old woman trapping in a body of 13 year old girl.

Sepet tersepit

Saya ingat lagi tentang malam itu. Pintu bilik saya diketuk. Saya buka. Wanita Cina itu terus senyum dan bertanyakan sesuatu. Saya tak faham. Wanita Cina cakap dalam bahasa ibundanya. Sebelum wanita Cina sambung cakap, saya beritahu dia dalam bahasa kebangsaan, yang saya tak faham cakap dia. Mata sepet wanita Cina jadi buntang masa pandang muka saya. Mulut Wanita Cina terlopong, ternganga.

"aiyaa..i ingat lu Cina maa..haha soli..soli aa.."

"eh..tak ape..tak ape..heheh"

"u punya muka macam Cina looo..sepet sepet..u olang apa?"

"i orang Malaysia la..Johor..Melayu.."

"ahaha..soli maa..i ingat Cina..Mau beli bunga untuk konvo?"

"aa..tak ape. i belum grad lagi. Boipren pun tade. thank you!"

Mesejnya: Tau dah..ramai yang kata muka saya ada chinese look sikit. Mata saya sepet sikit.
Responnya: Sebab faktor desakan orang-orang ketiga ini, maka saya jadi perasan sikit. Kadang saya suka, kadang tak (sumpah! kalau tidak kerana faktor orang luar, saya tak akan perasan).
Penyelesaiannya: Saya banyak dedahkan diri di bawah sinaran matahari untuk proses tanning. Biar kulit jadi gelap sedikit. Jadi, tak lah nampak lebih Chinese kan...
Kesimpulannya: Kau orang ada rasa mahu muntah-muntah tak? cepat pergi tandas atau ke longkang saja!

kukikukikuki :P


*bukan...i bukan Gong Li. Ape? Shu Qi?..pun bukan...sumpah!


P/S: aigooh..saya tidak sengaja terpadam entri sepet ini. Jadi saya post semula. Mintak mahap pada yang mengkomen dalam entri yang lalu. gila oh..

Thursday, December 10, 2009

thanks for the Memories





Please, stop. Hurts.

You guys will never know what's this feel inside,
you guys will never care what's this feel inside,
that is why i keep it inside.


Wednesday, December 9, 2009

8 Disember 1956

Abah saya sudah tambah umurnya.
Semalam.

>^^<


*internet di sini bagai angin semilir.

Saturday, December 5, 2009

Encik Jep kata:

"Jangan jadi macam katak kena rebus. Mula-mula syok duduk berendam dalam air panas suam-suam kuku. Katak lain suruh keluar, dia buat-buat tidak dengar dan kata pula mereka cemburu. Kemudian, air mula capai takat didih. Buih-buih menggelegak mula memuncul. Masa ini, katak sudah hilang kekuatan untuk lompat keluar dari periuk. Badan katak sudah jadi lembut. Kulit katak sudah melecur koyak dan lembik (itu tragis, abah!). Katak sudah tidak bernyawa. Dan akhirnya katak jadi santapan penggemar makanan eksotik di bahagian Daerah Beijing sana."

Renung-renungkan dan pandulah kehidupan anda.


*part makanan eksotik di Beijing tu tambahan dari anak beliau..hehe

Thursday, December 3, 2009

Tertewas

DAMN!
SAYA TERMAIN FACEBOOK
INI SEMUA SEBAB EN. 'E'
KAMU MEMANG TAW..
LEPAS INI KALAU SAYA ASYIK BERFACEBOOKING,
SIAPLAH KAMU EN. 'E'!!!!!!!!!

XC


*huhu~

Bendi Gajah

Abelmoschus sp. dari famili Malvaceae. Satu keluarga dengan bunga raya.


Daunnya cantik bila dipanah matahari. Saya suka itu.


Oh ada pasangan sedang mengawan. Belalang kunyit (Valanga sp.), dalam kelas Orthoptera.


Bunganya. Ada dua warna, kekuningan dan kejinggaan. Bentuknya macam bunga raya. Salah satu sebab dikelaskan dalam satu keluarga, mungkin.


Itu buahnya. Besar, gemuk, dan pendek. Mak kata sebab itu namanya 'bendi gajah'. Cepat tumbuh dan cepat berbuah.


Yang ini buah delima. Belum masak lagi.

Mak saya seorang tangan hijau. Begitu juga dengan saya dan Oyan the gendut. Mewarisi bakat, orang-orang kata. Satu keistimewaan tinggal di kampung, dapat guna tanah yang ada dengan semahunya. Kawasan belakang dan tepi rumah, mak banyak tanam beberapa jenis sayur. Kawasan depan rumah, kawasan Oyan gendut. Jadi kolam ikan dan taman kecil yang sekarang dah semakin serabut itu di bawah kuasa beliau. Tunggu dia balik, baru bahagian itu akan nampak rapi.



Ah ya! Hari itu, langit selatan nampak cantik. Tak macam selalu-selalu. Memang agak susah nak tengok langit dan awan cantik di bahagian selatan. Tak macam langit utara. Ini pendapat saya saja. Nasib baik Oyan gendut ada tangkap gambarnya. ^^


*love nature, always.